8:26 PM

Sesuatu yang menarik..

As usual, once in a while, I'll check my frens blog.. See what's interesting with their life.. N I read Marini's blog. I really like one of her entry. I could never written what she wrote. She's brilliant. And ask for her permission if i could quote that. She said OK, and here it is..

"Title : Pentas Dunia

"Tidak ada lakonan yang paling hebat atas dunia,
jika membandingkan
lakonan bersahaja manusia
sehari-hari
tanpa skrip
tanpa pengarah
tanpa jurusolek malah jurukamera."

Pelakon tanpa bayaran ini adalah watak sampingan atas dunia seperti kita lihat di kaca tivi-hipokrasiannya terserlah.

Pentas dunia, realitinya setiap orang adalah PEMBAWA WATAK unik yang bergerak mengikut rentak skrip takdir Pengarah Alam, Rabb Al-Alameen, Al-Adl.

Pelakon di pentas dunia pula adalah mereka yang memakai topeng, menyeleweng pandangan manusia lain. Memperlihatkan sisi lain watak diri yang sebenarnya. Mereka bergerak atas pentas ciptaan mereka sendiri.

Tidak ada bezanya pelakon pentas layar dan pelakon pentas dunia. Yang berbeza, mungkin pelakon pentas layar, dibayar sekurangnya. Pelakon pentas dunia... kepuasan percuma yang dicarinya....

Semalam aku berhadapan dengan Drama Pentas Dunia yang paling hebat. Siaran langsung, semua bergerak tanpa skrip. Watak yang hadir dalam drama sebabak 4 jam ini mengujakan. Realiti selepas drama tamat, adalah jauh lebih menenangkan. Pembawa watak drama semalam, mungkin ada di antaranya masih berlakon sehingga kini.

Anda boleh memilih, menjadi pelakon atau pembawa watak diri anda sebenar.

Allah Maha Kaya.. Maha Adil.. Maha Mendengar rintihan hambaNya. Semalam aku menang biarpun aku hanyalah pembawa watak aku sendiri. Pelakon itu tewas, dalam dunia drama ciptaannya. Ternyata skrip Allah lebih berkuasa berbanding skrip ciptaan manusia.

Alhamdulillah.

p/s: Tidak perlu paham, jika tidak paham. Sesuatu berlaku. Aku bangga aku menjadi aku yang semalam. Aku juga bangga dia itu bangun berjuang mempertahan maruah bersama aku."

She wrote what I wish I could say but could never say and much more better. Thanks for letting me borrow this yer Marini.

0 comments: